Kami berhenti makan di tepi jalan dalam perjalanan ke Srebrenica
Setelah Daud dan Adnan menyedari kereta kami tidak dapat dibaiki tanpa dibawa ke bengkel, daud pergi ke pecan berdekatan untuk mendapatkan bantuan dengan menumpang kereta yang kebetulan melalui kawasan itu.
Kereta kami tersadai di tepi jalan di kawasan bukit di pedalaman Bosnia. Tompokan salji masih kelihatan di sebelah kiri gambar.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menikmati keindahan hutan pokok tirus di tepi jalan. Benarlah seperti yang diceritakan cikgu geografi, tidak seperti hutan hujan khatulistiwa, hutan pkok tirus mempunyai mempunyai lantai yang bersih tanpa semak samun. Udara yang nyaman, tompokan ais kasar, silauan matahari yang tak begitu garang, malah kami ditemani patukan burung woodpecker yang entah bersembunyi di mana. Kalau ikut hati mahu saja aku meredah sampai ke dalam hutan tapi pergerakan kami dibataskan rasa takut. Bukan takut binatang buas seperti harimau, singa atau beruang Mongolia tapi periuk api. Adnan berpendapat kawasan tersebut bebas periuk api tapi Daud masih menyuruh kami berhati-hati jika tidak mahu kehilangan kaki. Aku sendiri pernah terbaca tentang periuk api peninggalan perang di Bosnia. Laman web pelancongan Bosnia tidak menggalakkan pelancong melawat kawasan ulu kerana khuatir terpijak periuk api.
“The mine issue is an understandable concern: there are mines in Bosnia and Herzegovina and, with the clearing process progressing slowly, there will continue to be mines for the decades to come. But that does not mean that visiting Bosnia and Herzegovina is unsafe So far, no visitor to Bosnia and Herzegovina has ever been involved in a mine incident….
If you are in the countryside, stay away from areas that are not obviously frequented by people. Look for cut grass, tire tracks, footprints or rubbish – all indications of safe areas. Obviously, areas in which people are walking, jogging, BBQ-ing et cetera are safe. Conversely, abandoned villages – however much fun it seems to explore them - may pose a threat.
- The most dangerous areas are the former lines of confrontation in the countryside. Many mountain ranges and some rural areas are still contaminated. As tourists and travelers would not normally know much about the location of these former confrontation lines, it is best to take a guide or a local who knows the terrain.”
Dipetik dari www.bhtourism.ba
Setengah jam kemudian Daud balik, menumpang sebuah lori kali ni. Kampung terdekat tidak jauh dari tempat kami terkandas
“we might need to wait for 45 minutes for towing” kata Daud.
Satu jam kemudian bantuan tunda pun tiba.
Kereta kami ditarik ke bengkel terdekat
Perjalanan kami ke kampong berdekatan mengambil masa 7-10 minit. Di situ ada sebuah bengkel keret, sebuah restoran dan depoh pengumpulan kayu pine.
Kereta kami dibaiki di bengkel
Sebaik tiba kami diminta Daud supaya pergi ke restoran dan membiarkan dia menguruskan masalah kereta. Masa tu aku ingat semua biasa-biasa saja.Tidak banyak yang kami boleh lihat di kawasan tersebut. Yang ada hanya jentera pengangkut kayu, lori balak dan 2-3 rumah lain di kawasan tersebut. Aku tak berani nak berjalan jauh-jauh dari tempat kami berada. Ya la ni tempat orang. Nanti kalau apa-apa jadi kan susah. Aku masuk ke dalam restoran bersama Safwan dan Adnan yang sudah memesan minuman. Tapi aku takde mmod nak makan atau minum.
Kami menunggu di restoran ini selama 5 jam sementara menunggu kereta dibaiki
Beberapa minit kemudian daud menyertai kami dari bengkel.
“I told them both of you are interpreters for Bosnian police” Daud membuka bicara.
Barulah kami tahu kami terkandas di perkampungan Serbia. Daud menggunakan nama samara dan mengaku dia polis yang membawa dua orang penterjemah dari Malaysia. Katanya bahaya kalau orang-orang Serbia tahu kami orang Islam. Waktu tu baru aku sedar kami dah terkandas dalam kawasan musuh. Dan menyuruh musuh membaiki kereta musuh bukanlah satu idea yang baik tapi kami tiada pilihan. Jam menunjukkan pukul 1. Pekerja-pekerja balak Serbia dating berehat tengahari di restoran tempat kami menunggu. Kata Ali semalam ada dua cirri utama menunjukkan seseorang itu muslim di Bosnia. Jambang dan seluar cangkat. Jambang Adnan sudah sudah cukup untuk mendedahkan identity kami ketika di restoran dia kerap tunduk sahaja dan bercakap perlahan untuk tidak menarik perhatian orang-orang di sekeliling kami, masa kritikal macam ni pun safwan bole bersemangat sambung pelajaran bahasa Bosnia dengan Adnan. Dah la cakap kuat pulak tu Annoying gile!
Kebosanan, aku keluar dari restoran untuk menikmati cahaya matahari (ceh, bunyi macam Irish pulak). Sebuah kereta berhenti di hadapan bengkel yang bersebelahan saja dengan restoran. Seorang lelaki keluar dari kereta itu dan bercakap bahasa Serbia dengan aku. Aku buat isyarat aku tak faham dia cakap apa, tapi dia tak putus asa dan mengajak aku masuk ke dalam bengkel. Ketika itu Daud juga sedang berada di dalam bengkel. Lelaki tadi mengajak aku duduk dan bermain daun terup dengan dia. Aku yang memang tengah bosan pun main saja walaupun aku tak tau macam mana nak main. Roti berinti ham (babi) yang Daud beli dari restoran tadi masih tak terusik, ada atas meja terup kami. Kononnya roti babi tu akan menunjukkan kami bukan Islam. Sampai hari ni aku tak tau game apa aku main dengan pakcik Serbia tu. Aku main letak saja. Kalau tak tau aku Tanya dia yang mana nak letak. Ajaib, aku menang.
Setelah memuji-muji aku kerana menang pakcik Serbia cuba berborak-borak dengan aku. Soalan first dia aku ni dari mana. Aku pun bagi tau aku Malaysia, study UK. Pastu dia Tanya lagi. Kali ni aku tak faham soalan pakcik tu. Dia tanya lagi
“ Kristian? Hindu? Islam?”
Ahhh, udah. Masa tu aku dah cuak gila kalau diaorang tau kami Islam, aku ingat mati la kami.
“kesian orang embassy Malaysia nak kena cari kubur kami dekat kampong Serbia tempat jin bertendang ni”
Aku dah fikir sampai situ. Nasib baik aku cool je. Aku buat-buat tak faham soalan pakcik tu.
Pakcik tu tak berputus asa, dia tanya Daud pulak. Daud membalas dalam bahasa Bosnia:
“He’s from Malaysia. Who knows their religion?” Jawab Daud berpura-pur tak tahu.
Selamat.
Kereta siap diabaiki pada pukul 5.30 petang. Kami membatalkan rancangan ke Srebrenica dan berpatah balik ke Sarajevo. Sebagaimana yang korang tau dalam pos sebelum ni, kitaorang berhenti sembahyang tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan ke Sarajevo.
Kami bersembahyang di kawasan hutan pokok tirus selepas kereta siap dibaiki.
Huh…Alhamdulillah
Allah masih mengekalkan nyawa dalam jasad kami. Aku memang ingat dah mati waktu tu.
Kesimpulan: Maut dating bila-bila. Soalan utama bukan di mana, bila, atau bagaimana. Tapi yang paling penting sudahkah kita bersedia menghadapinya?
Untuk cerita yang lebih detail, ayat yang lebih mantap, perbendaharaan kata yang luas, bolehlah melawat blog Sheikh Safwan www.bosnianexperience.blogspot.com