Dah Berapa Tahun tak update.
00:14 | Author: mesyuaratingkap
Kesian kat blog ni, dah lama takda sapa tulis apa2.
So untuk memeriahkan suasana yang muram biarlah aku menukil jua beberapa ayat untuk menceriakan kembali blog ni.
Sekarang ni aku tengah buat elektif kat Penang GH. Alamak,, aku memang malas sebenarnya nak buat elektif sebab tengah mood cuti. Yela, aku dengar budak2 yang g buat elektif kat OZ rilek je consultant bagi sign awal2 suruh g jalan2 tengok Australia. Tapi takpe, aku memng ingat nak rilek je, maka sebelum stat elektif sebulan lepas aku tak study langsung General Medicine dgn General Surgery. Bile aku masuk klinik dengan MO dieorg pon biaselah tanyela soalan2 basic yang patut diketahui oleh seorang yang mengaku "a final year medical student"

"So, how to differentiate between direct and indirect inguinal hernia?"
"Tell me different level of valves in lower limb veins"
Alamak, aku tak ingat langsung. Sejak dari situ baru aku sedar last time aku buat General Medicine & general Surgery setahun lepas, dah banyak bende tak ingat. Haa, sekarang ni baru kelam kabut nak study, takut kalo kene tanya dengan doctors masa ward round, klinik, atau teater. Tinggal 2 minggu ja lagi sebelum habis General Medicine. Sebenarnya kalo tanak pegi pon bole sebab Dr Eric dh sign form aku. Tapi aku rasa minggu depan ni best sket sebab aku akan join group Ammar Muizuddin punya ward teaching, Nephrology.
Ohh kalo sapa yang nak buat elektif dkt Penang GH dengarnya 2 rotation yang best dekat sana adalah neurology dgn orthopaedic, sebab dia memang atur jadual untuk student yang dtg elektif. takdelah ko terkial2 nak kenal HO, consultant, MO, nak kena cari bila klinik, doktor mana yang best et al.

Tahun ni jugak aku puasa dan raya dekat Malaysia setelah 3 tahun di perantauan. Selalunya beraya di Malaysia akan menjadi kebanggaan student oversea jika mampu berbuat demikian. Tapi bukan untuk aku. Aku tak kisah kalo raya dgn puasa dekat oversea sebab berapa tahun sangat, 4,5 tahun ja. Dah habis study nanti ko nak beraya dekat Malaysia lagi 60 tahun rayalah. (itupun kalo tak stay lah).

Apelah aku tngah merepek ni. Oklah. last sekali lepas raya aku akan ke Pulau Perhentian bersama Michael Lavery dan Shuaib Rajak. Hopefully cuaca elok untuk snorkeling.

Itu sahaja dari aku. Mana Pakden dgn Dayat ni, update blog weii. Dayat haritu ckp dah ade awek lepas clash last time. cite la sket. Pakden, mane? tulis la satu dua entry.

okeh
salam
nubli
balik pulau
|
This entry was posted on 00:14 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: