Di Belfast ada sebuah kedai buku milik universiti yang dipanggil The Bookshop @ Queen’s (Queen’s Bookshop). Ia terletak betul-betul di hadapan bangunan utama, Lanyon Building. Nama pun kedai buku universiti, kedai ini menjual buku-buku ilmiah terutamanya buku-buku teks untuk kegunaan pelajar, selain novel-novel sastera, buku sejarah dan juga cenderahati. Kedai buku ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang.
Keterangan di atas diketahui oleh penduduk-penduduk tempatan Belfast, tapi ada satu fakta yang tidak diketahui rakyat tempatan. Queen’s Bookshop semenjak 6-7 tahun lepas menggunakan khidmat tukang cuci Melayu, dan hanya Melayu dan akan kekal Melayu hingga ke masa depan. Kenapa? Queen’s Malay Club ada syer ke dalam kedai buku ni? Ada perjanjian rahsiakah di antara IRA atau UDA, Queen’s Universiti Belfast dan komuniti Melayu di Belfast? Tentulah tidak, kalau tak tentulah kami dah mintak tolong golongan palamilitari untuk menghapuskan SB di Belfast.
Queen’s Bookshop biasanya mengunakan khidmat seorang cleaner untuk membersihkan kedai setiap hari. Cleaner ini biasanya akan bekerja hanya 2 jam sehari dan hanya bertugas selepas kedai tutup selepas pukul 5 petang. So kalau siapa yang bekerja sebagai cleaner, pilihlah nak dating bekerja pukul berapa pun lepas 5 petang, janji esok bila kedai bukak, kerja semua dah beres. Dan cleaner ni akan kerja sorang-sorang dalam kedai ni sebab orang lain semua dah balik selepas pukul 5 petang. Boss Queen’s Bookshop, Raymond, sebelum ini menggaji rakyat tempatan (Irish) sebagai cleaner, tapi dia tengok selalu barang hilang, dan dia suspek dicuri oleh cleaner yang dating bekerja selepas kedai ditutup. Aku pun taktau apa benda yang dicuri, tapi kalau ikut orang yang pernah kerja dekat kedai buku tu memang tempted pun nak curi barang kedai buku tu. Ya la, orang semua dah balik, ko sorang-sorang buat kerja dalam kedai tu, kalo takat ambik selotep segulung dua, buku senaskah dua sapa la nak perasan. Tapi bagi orang kita Melayu Islam tentulah takwa dan iman yang menjadi pendinding dari semua perbuatan keji dan mungkar.
Ntah macam mana satu hari dia dapat ilham nak ambik orang Melayu bekerja sebagai cleaner, sefaham saya orang pertama yang bekerja adalah Abang Talib (saya pun tak sempat jumpa dia di Belfast). Raymond mendapati selepas Abang Talib mula bekerja sebagai cleaner, tiada lagi barang hilang. Selaku boss Queen’s Bookshop tentulah dia gembira dengan perkembangan ini. Selepas itu, sehingga 7 tahun kemudian, sehingga ke hari ini, inilah formula yang dipakai oleh pemilik Queen’s Bookshop kalau ada cleaner nak berhenti kerja
“If you want to quit, get one of your friend to fill the vacancy”.
Semenjak itu kerja sebagai Queen’s Bookshop cleaner diwariskan turun temurun kepada komuniti Melayu di Belfast, sehingga ke hari ini. Sepengetahuan saya mereka yang pernah bekerja di sini adalah Abang Talib, Syahril, Taufik Hairudin, Amirul Akmal (Jim), Shuaib, Azamin, Hariz, dan Azman (sehingga hari ini masih belum meninggalkan takhta)
Kepercayaan yang diberikan kepada komuniti Melayu Belfast harus dibanggakan dan dipertahankan. Kepada yang bakal mewarisi kerja, kepercayaan dan kebanggaan yanag diamanahkan kepada kita, amanahlah, dan ia akan menjadi legasi dan lagenda Belfast sehingga beratus tahun akan datang. Kepada yang akan mewariskan kerja ini kepada orang yang seterusnya, berhati-hatilah memilih, agar nama komuniti kita tidak tercemar dengan panggilan “bangsa pencuri”. Mungkin QMC selaku kelab ulung di Belfast harus memantau agar kerja ini diwariskan kepada mereka yang boleh dipercayai atau mereka yang memerlukan kerja untuk menyara hidup di Belfast.
Nubli
Kredit: Gambar diatas dipetik dari sebuah blog tidak dikenali dan website Queen's.
httpsonson2.blog.friendster.com
0 comments: