3 Pemuda yang akan Mewarnai Politik Malaysia
15:55 | Author: mesyuaratingkap
1. Khairy Jamaluddin

Nama penuhnya adalah Khairy Jamaluddin b Abu Bakar, Timbalan Ketua Pemuda Umno dan calon untuk Ketua Pemuda UMNO bagi pemilihan March ini. Dia juga merupakan menantu Perdana Menteri DS Abdullah Badawi. Dilahirkan di Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau fasih berbahasa Jepun (menurut sepupunya yang saya temui ketika bercuti di Turki) dan Inggeris. Mendapat pendidikan di United World College of South East Asia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Oxford University dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dan seterusnya mendapat Master Degree dalam bidang Undang-undang dan Teori Politik dari University College London.

Walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa skandal besar seperti penggabungan ECM Libra Capital bhd dan Avenue Capital Resources Bhd serta dituduh mengawal Tingkat Empat Putrajaya, tidak pernah kedengaran orang mempertikaikan kepimpinan beliau. Saya merasakan dia mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO bulan depan seterusnya memiliki tiket untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti. Jalan berliku menanti kembara masa depan anak muda ini.
2. Salahudin Ayub

Salahuddin Bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina.
Salahuddin Bin Ayub mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973).Kemudian di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976). Belajar pula di Sekoalah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979-1980). Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977. Seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS dari tahun 2003 hingga sekarang. Juga Penaung Unit Amal Malaysia, yang merupakan sayap ‘charity’ PAS (kalau tak silap). Menonton temu ramah beliau dalam rancangan Hujah bersama Dr Agus Yusuf menyerlahkan peribadi beliau sebagai seorang yang berpekerti dan intelektual.
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=80&ShowID=312&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=16180&VideoID=12475
Saya percaya dia akan memegang pimpinan tertinggi PAS suatu hari nanti dan mungkin juga berpeluang menjadi Perdana Menteri, atau mungkin hanya Ketua Pembangkang jika tidak sempat.
3. Yusmadi Yusoff

Peguam dan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Parti KeADILan Rakyat (PKR). Merupakan Fellow Hubert H. Humphrey Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia dan Fellow Demokrasi, Pembangunan & Undang-Undang di Universiti Stanford di California . Dia memenangi kerusi P51 Balik Pulau ketika pilihanraya March 2008 mengalahkan ahli AMT Umno Dato Noresah. Saya tidak memilih Yusmadi kerana dia Ahli Parlimen Balik Pulau, bukan! Tapi melihat latar belakang pendidikan dan ideologi serta falsafah anak muda ini membuatkan saya berbisik pada diri sendiri :

“ inilah masa anak muda mencorakkan pemerintahan negara”.
Saya juga merasakan anak muda ini akan menintas Azmin Ali (naib Presiden Keadilan) bagi kerusi Presiden Keadilan selepas DS Anwar Ibrahim bersara atau jika sesuatu terjadi pada DS Anwar Ibrahim. Saya percaya banyak yang boleh ditawarkan anak muda kepada pemerintahan@ cuaca politik Malaysia pada masa hadapan. Jika Malaysia mengamalkan sistem kabinet bayangan, dia patut diberi salah satu kerusi

|
This entry was posted on 15:55 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: