Bahagian 2: Dari London Ke Bosnia
23:51 | Author: mesyuaratingkap

Hari ketiga di Bosnia kami bersiap-siap ke Srebrenica. Malam sebelumnya kami bermalam di asrama Madrasah Osjek yang terletak di pinggir Sarajevo. Dari Osjek kami menaiki bas dan kemudian mengambil tram using Sarajevo untuk ke Masjid Istiklal. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Indonesia kerana dibiayai kerajaan Indonesia dan sebuah model sama turut dibina di Indonesia bagi menggambarkan hubungan baik Bosnia-Indonesia.

Masjid Istiklal @ Masjid Indonesia di Sarajevo

Kami merancang ke Srebrenica bersama Adnan dan Daud, warga tempatan Sarajevo. Geraldine yang meminjamkan kereta kepada kami tidak turut serta dalam misi kami ke Srebrenica.

Saya bersama Adnan (kanan) dan Geraldine yang memandang kamera. kami melepak di kedai kopi berdekatan kedai Geraldine

Jika kita banyak mendengar kisah pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila di Palestin, bolehlah kita samakan kisah ini dengan apa yang berlaku di Srebrenica, Bosnia. Ketika era perang di Balkan, dalam masa 3 hari 8000-12000 orang Islam Bosnia dibunuh atau hilang Srebrenica. Lelaki ditembak. Wanita termasuk yang berusia 9-15 tahun ditahan di kem tahanan. Askar dan polis Serbia akan ke kem tahanan ini dan memilih gadis yang mereka suka untuk dirogol. Gadis- gadis ini tidak akan dibunuh. Mereka dibiar hidup dalam keadaan kem yang kotor dan menjijikkan. Mereka akan dipaksa mengandung dan hanya akan dilepaskan apabila kandungan mereka tidak boleh digugurkan lagi.

Srebrenica berada dalam wilayah Republik Sprska. Wilayah ini tidak berada di bawah kuasa autonomi Bosnia walau pun di atas peta ia dikira sebagai Bosnia. Republik Sprska meliputi kawasan utara dan timur Bosnia yang bersempadan dengan Serbia. Majoriti kawasan ini didiami oleh orang Serbia yang majority beragama Kristian Ortodoks.

Perjalanan Sarajevo-Srebrenica mengambil masa empat jam dan melalui kawasan bergunung-ganang. Dengan menaiki kereta milik Geraldine, kami dipandu Daud dan ditemani Adnan. Melalui cara perbualan mereka saya merasakan Daud pernah bekerja dengan KGB. Yang kami tahu dia tinggal di Moscow selama 25 tahun dan fasih berbahasa Rusia.

Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi. Hanya beberapa minit menempuh perjalanan kami mula menempuh kawasan bergunung ganang di kawasan selatan Sarajevo. Keindahan hutan pokok tirus di sepanjang perjalanan memukau pandangan. Tidak ku sangka hutajn pokok tirus kegemaranku seperti dalam cerita Robin Hood, Timeline atau mana-mana filem berlatar zaman gelap Eropah boleh ditemui di Bosnia.

Hutan pokok tirus di Bosnia

Setiba di Bosnia kami tidak lagi mengenakan pakaian panas kerana suhu Bosnia sudah mencecah 21-23 darjah celcius walaupun salji turun seminggu sebelum kami tiba. Walau bagaimanapun kawasan pergunungan yang kami tempuh masih berselimutkan salji yang sudah bertukar menjadi ais kasar.

“we lost power”

kata Daud setelah kami menempuh separuh perjalanan. Kereta kami tiba-tiba rosak di tengah-tengah kawasan pergunungan. Rosak di tempat jarang kenderaan lalui. Rosak dit engah-tengah hutan pokok tirus kegemaranku yang masih bertompok salji!!!

Daud memberhentikan kereta. “Timing belt”kereta yang kami naiki sudah luluh. Tiada cara lain melainkan kereta kereta kami ditunda ke bengkel.

“Ade ke bengkel kete tengah-tengah hutan ni?”

Mesti la takda. Kampung terdekat tadi mau-mau setengah jam perjalanan jugak. Kami tersekat di tengah hutan pokok tirus, di Bosnia. Bagaimana kami akan lepas? Tunggu entry seterusnya……

|
This entry was posted on 23:51 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On 17 July 2009 at 04:27 , IRA said...

more pics la! :D

 
On 18 July 2009 at 14:38 , SoIS said...

Nice narration Nubli
Nice experience too :)