petang ini hujan turun
10:41 | Author: mesyuaratingkap

"Love comforteth like sunshine after rain."

- William Shakespeare -


tp ape gune nye jika kau umpama jalan2 di gokula after pouring rain??
jalan2 kecik berlopak2 yg dipenuhi oleh cow's dung.. ape gune sunshine?
aku geli... ko mmg bangsat!! aku geli.. aku benci..

haha..aku emo.. moga2 4 bulan yg mendatang menyenangkan.. amin....




*emo sbb td dean tarak kasik aku nye bonafide...bangsat ko.. macam mane aku nak beraya di malaysia nh??



2009??
12:47 | Author: mesyuaratingkap
2009??

.................................


yg ikhlas,

afiq aizuddin hanafiah
003


Dari London ke Bosnia: Bahagian Akhir
00:41 | Author: mesyuaratingkap


Kami berhenti makan di tepi jalan dalam perjalanan ke Srebrenica

Setelah Daud dan Adnan menyedari kereta kami tidak dapat dibaiki tanpa dibawa ke bengkel, daud pergi ke pecan berdekatan untuk mendapatkan bantuan dengan menumpang kereta yang kebetulan melalui kawasan itu.


Kereta kami tersadai di tepi jalan di kawasan bukit di pedalaman Bosnia. Tompokan salji masih kelihatan di sebelah kiri gambar.

Kami mengambil kesempatan ini untuk menikmati keindahan hutan pokok tirus di tepi jalan. Benarlah seperti yang diceritakan cikgu geografi, tidak seperti hutan hujan khatulistiwa, hutan pkok tirus mempunyai mempunyai lantai yang bersih tanpa semak samun. Udara yang nyaman, tompokan ais kasar, silauan matahari yang tak begitu garang, malah kami ditemani patukan burung woodpecker yang entah bersembunyi di mana. Kalau ikut hati mahu saja aku meredah sampai ke dalam hutan tapi pergerakan kami dibataskan rasa takut. Bukan takut binatang buas seperti harimau, singa atau beruang Mongolia tapi periuk api. Adnan berpendapat kawasan tersebut bebas periuk api tapi Daud masih menyuruh kami berhati-hati jika tidak mahu kehilangan kaki. Aku sendiri pernah terbaca tentang periuk api peninggalan perang di Bosnia. Laman web pelancongan Bosnia tidak menggalakkan pelancong melawat kawasan ulu kerana khuatir terpijak periuk api.

“The mine issue is an understandable concern: there are mines in Bosnia and Herzegovina and, with the clearing process progressing slowly, there will continue to be mines for the decades to come. But that does not mean that visiting Bosnia and Herzegovina is unsafe So far, no visitor to Bosnia and Herzegovina has ever been involved in a mine incident….

If you are in the countryside, stay away from areas that are not obviously frequented by people. Look for cut grass, tire tracks, footprints or rubbish – all indications of safe areas. Obviously, areas in which people are walking, jogging, BBQ-ing et cetera are safe. Conversely, abandoned villages – however much fun it seems to explore them - may pose a threat.
- The most dangerous areas are the former lines of confrontation in the countryside. Many mountain ranges and some rural areas are still contaminated. As tourists and travelers would not normally know much about the location of these former confrontation lines, it is best to take a guide or a local who knows the terrain.”

Dipetik dari www.bhtourism.ba

Setengah jam kemudian Daud balik, menumpang sebuah lori kali ni. Kampung terdekat tidak jauh dari tempat kami terkandas

“we might need to wait for 45 minutes for towing” kata Daud.

Satu jam kemudian bantuan tunda pun tiba.

Kereta kami ditarik ke bengkel terdekat

Perjalanan kami ke kampong berdekatan mengambil masa 7-10 minit. Di situ ada sebuah bengkel keret, sebuah restoran dan depoh pengumpulan kayu pine.

Kereta kami dibaiki di bengkel

Sebaik tiba kami diminta Daud supaya pergi ke restoran dan membiarkan dia menguruskan masalah kereta. Masa tu aku ingat semua biasa-biasa saja.Tidak banyak yang kami boleh lihat di kawasan tersebut. Yang ada hanya jentera pengangkut kayu, lori balak dan 2-3 rumah lain di kawasan tersebut. Aku tak berani nak berjalan jauh-jauh dari tempat kami berada. Ya la ni tempat orang. Nanti kalau apa-apa jadi kan susah. Aku masuk ke dalam restoran bersama Safwan dan Adnan yang sudah memesan minuman. Tapi aku takde mmod nak makan atau minum.

Kami menunggu di restoran ini selama 5 jam sementara menunggu kereta dibaiki

Beberapa minit kemudian daud menyertai kami dari bengkel.

“I told them both of you are interpreters for Bosnian police” Daud membuka bicara.

Barulah kami tahu kami terkandas di perkampungan Serbia. Daud menggunakan nama samara dan mengaku dia polis yang membawa dua orang penterjemah dari Malaysia. Katanya bahaya kalau orang-orang Serbia tahu kami orang Islam. Waktu tu baru aku sedar kami dah terkandas dalam kawasan musuh. Dan menyuruh musuh membaiki kereta musuh bukanlah satu idea yang baik tapi kami tiada pilihan. Jam menunjukkan pukul 1. Pekerja-pekerja balak Serbia dating berehat tengahari di restoran tempat kami menunggu. Kata Ali semalam ada dua cirri utama menunjukkan seseorang itu muslim di Bosnia. Jambang dan seluar cangkat. Jambang Adnan sudah sudah cukup untuk mendedahkan identity kami ketika di restoran dia kerap tunduk sahaja dan bercakap perlahan untuk tidak menarik perhatian orang-orang di sekeliling kami, masa kritikal macam ni pun safwan bole bersemangat sambung pelajaran bahasa Bosnia dengan Adnan. Dah la cakap kuat pulak tu Annoying gile!

Kebosanan, aku keluar dari restoran untuk menikmati cahaya matahari (ceh, bunyi macam Irish pulak). Sebuah kereta berhenti di hadapan bengkel yang bersebelahan saja dengan restoran. Seorang lelaki keluar dari kereta itu dan bercakap bahasa Serbia dengan aku. Aku buat isyarat aku tak faham dia cakap apa, tapi dia tak putus asa dan mengajak aku masuk ke dalam bengkel. Ketika itu Daud juga sedang berada di dalam bengkel. Lelaki tadi mengajak aku duduk dan bermain daun terup dengan dia. Aku yang memang tengah bosan pun main saja walaupun aku tak tau macam mana nak main. Roti berinti ham (babi) yang Daud beli dari restoran tadi masih tak terusik, ada atas meja terup kami. Kononnya roti babi tu akan menunjukkan kami bukan Islam. Sampai hari ni aku tak tau game apa aku main dengan pakcik Serbia tu. Aku main letak saja. Kalau tak tau aku Tanya dia yang mana nak letak. Ajaib, aku menang.

Setelah memuji-muji aku kerana menang pakcik Serbia cuba berborak-borak dengan aku. Soalan first dia aku ni dari mana. Aku pun bagi tau aku Malaysia, study UK. Pastu dia Tanya lagi. Kali ni aku tak faham soalan pakcik tu. Dia tanya lagi

“ Kristian? Hindu? Islam?”

Ahhh, udah. Masa tu aku dah cuak gila kalau diaorang tau kami Islam, aku ingat mati la kami.

“kesian orang embassy Malaysia nak kena cari kubur kami dekat kampong Serbia tempat jin bertendang ni”

Aku dah fikir sampai situ. Nasib baik aku cool je. Aku buat-buat tak faham soalan pakcik tu.

Pakcik tu tak berputus asa, dia tanya Daud pulak. Daud membalas dalam bahasa Bosnia:

“He’s from Malaysia. Who knows their religion?” Jawab Daud berpura-pur tak tahu.

Selamat.

Kereta siap diabaiki pada pukul 5.30 petang. Kami membatalkan rancangan ke Srebrenica dan berpatah balik ke Sarajevo. Sebagaimana yang korang tau dalam pos sebelum ni, kitaorang berhenti sembahyang tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan ke Sarajevo.

Kami bersembahyang di kawasan hutan pokok tirus selepas kereta siap dibaiki.

Huh…Alhamdulillah

Allah masih mengekalkan nyawa dalam jasad kami. Aku memang ingat dah mati waktu tu.

Kesimpulan: Maut dating bila-bila. Soalan utama bukan di mana, bila, atau bagaimana. Tapi yang paling penting sudahkah kita bersedia menghadapinya?

Untuk cerita yang lebih detail, ayat yang lebih mantap, perbendaharaan kata yang luas, bolehlah melawat blog Sheikh Safwan www.bosnianexperience.blogspot.com

Bahagian 2: Dari London Ke Bosnia
23:51 | Author: mesyuaratingkap

Hari ketiga di Bosnia kami bersiap-siap ke Srebrenica. Malam sebelumnya kami bermalam di asrama Madrasah Osjek yang terletak di pinggir Sarajevo. Dari Osjek kami menaiki bas dan kemudian mengambil tram using Sarajevo untuk ke Masjid Istiklal. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Indonesia kerana dibiayai kerajaan Indonesia dan sebuah model sama turut dibina di Indonesia bagi menggambarkan hubungan baik Bosnia-Indonesia.

Masjid Istiklal @ Masjid Indonesia di Sarajevo

Kami merancang ke Srebrenica bersama Adnan dan Daud, warga tempatan Sarajevo. Geraldine yang meminjamkan kereta kepada kami tidak turut serta dalam misi kami ke Srebrenica.

Saya bersama Adnan (kanan) dan Geraldine yang memandang kamera. kami melepak di kedai kopi berdekatan kedai Geraldine

Jika kita banyak mendengar kisah pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila di Palestin, bolehlah kita samakan kisah ini dengan apa yang berlaku di Srebrenica, Bosnia. Ketika era perang di Balkan, dalam masa 3 hari 8000-12000 orang Islam Bosnia dibunuh atau hilang Srebrenica. Lelaki ditembak. Wanita termasuk yang berusia 9-15 tahun ditahan di kem tahanan. Askar dan polis Serbia akan ke kem tahanan ini dan memilih gadis yang mereka suka untuk dirogol. Gadis- gadis ini tidak akan dibunuh. Mereka dibiar hidup dalam keadaan kem yang kotor dan menjijikkan. Mereka akan dipaksa mengandung dan hanya akan dilepaskan apabila kandungan mereka tidak boleh digugurkan lagi.

Srebrenica berada dalam wilayah Republik Sprska. Wilayah ini tidak berada di bawah kuasa autonomi Bosnia walau pun di atas peta ia dikira sebagai Bosnia. Republik Sprska meliputi kawasan utara dan timur Bosnia yang bersempadan dengan Serbia. Majoriti kawasan ini didiami oleh orang Serbia yang majority beragama Kristian Ortodoks.

Perjalanan Sarajevo-Srebrenica mengambil masa empat jam dan melalui kawasan bergunung-ganang. Dengan menaiki kereta milik Geraldine, kami dipandu Daud dan ditemani Adnan. Melalui cara perbualan mereka saya merasakan Daud pernah bekerja dengan KGB. Yang kami tahu dia tinggal di Moscow selama 25 tahun dan fasih berbahasa Rusia.

Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi. Hanya beberapa minit menempuh perjalanan kami mula menempuh kawasan bergunung ganang di kawasan selatan Sarajevo. Keindahan hutan pokok tirus di sepanjang perjalanan memukau pandangan. Tidak ku sangka hutajn pokok tirus kegemaranku seperti dalam cerita Robin Hood, Timeline atau mana-mana filem berlatar zaman gelap Eropah boleh ditemui di Bosnia.

Hutan pokok tirus di Bosnia

Setiba di Bosnia kami tidak lagi mengenakan pakaian panas kerana suhu Bosnia sudah mencecah 21-23 darjah celcius walaupun salji turun seminggu sebelum kami tiba. Walau bagaimanapun kawasan pergunungan yang kami tempuh masih berselimutkan salji yang sudah bertukar menjadi ais kasar.

“we lost power”

kata Daud setelah kami menempuh separuh perjalanan. Kereta kami tiba-tiba rosak di tengah-tengah kawasan pergunungan. Rosak di tempat jarang kenderaan lalui. Rosak dit engah-tengah hutan pokok tirus kegemaranku yang masih bertompok salji!!!

Daud memberhentikan kereta. “Timing belt”kereta yang kami naiki sudah luluh. Tiada cara lain melainkan kereta kereta kami ditunda ke bengkel.

“Ade ke bengkel kete tengah-tengah hutan ni?”

Mesti la takda. Kampung terdekat tadi mau-mau setengah jam perjalanan jugak. Kami tersekat di tengah hutan pokok tirus, di Bosnia. Bagaimana kami akan lepas? Tunggu entry seterusnya……

Dari London ke Bosnia: Part I
01:25 | Author: mesyuaratingkap

Perancangan ke bosnia sebenarnya adalah tidak dijangka dan datang tiba-tiba sahaja. Tidak pernah langsung Bosnia masuk dalam senarai- mesti-lawatku. Aku ada tiga tempat impian:

1. London 2. Mekah 3. Caribbean

Alhamdulillah selok belok London sudah sedikit sebanyak aku kuasai. Mekah dan Madinah sudah ku jejak sebelum kawan-kawanku terkesan oleh Sheikh Maszlee dengan soalan mautnya kepada peserta Winter Retreat 2008 di Scotland.

“Menunaikan haji rukun Islam ke berapa?” Sheikh Maszlee bertanya para peserta

Dengan yakin tanpa segan silu peserta menjawab

“Kelima!!”dengan yakin

“Ok. Kelima kan? Travel ke Europe rukun Islam ke berapa?”

Kali ni semangat menjawab hilang. Mereka tahu mereka dah kena tembak. Melancong ke eropah boleh tapi tak berusaha menunaikan haji atau sekurang-kiurangnya mendaftar untuk haji atau melakukan umrah sekurang-kurangnya. Jadi kepada yang belum mendaftar haji bolehlah berbuat demikian di tabung haji berdekatan.

Impian ketigaku, Caribbean agak sukar untuk dipenuhi. Mahal, jauh, tiada yang sudi mengikut.

Berbalik pada Bosnia. Satu pagi, sebelum sempat ayam berkokok aku menerima SMS dari sheikh Safwan.

“eh, tiket Bosnia tengah murah ni. Jom beli”

Selepas solat subuh aku terus telefon Sheikh Safwan

“Jom”

Aku pantas menjawab tanpa melihat butir-butir perjalanan terlebih dahulu. Aku mengaku perjalanan ini tak menentu keadaannya. Ini bukan macam melancong ke Spain, France, Turki atau Itali. Bosnia yang masih dalam era pasca perang mungkin tidak selamat untuk dikunjungi. Yang dalam perjalanan ni aku “passenger” dan sheikh Safwan sebagai “planner”.

Kami ke London sehari sebelum flight kami ke Zadar, Croatia dan menumpang di bilik antara pelajar terbaik Queen Mary University of London, Sheikh Kabir bi Londoni, Saudara Asyraf Abdul Jalil.

Kami berlepas dari lapangan terbang Stansted ke lapangan terbang Zadar, Croatia. Penerbangan mengambil masa 2 jam setengah dan kami sampai di Zadar pada pukul 9 malam.

Dari lapangan terbang, kami mengambil bas ke stesen bas Zadar seterusnya ke Split pada pukul 1045 malam. Split terletak di selatan Croatia dan berada di pesisir pantai Adriatic. Sumber ekonomi utama Split adalah perkapalan dan pelancongan. Bandar lama Split diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Kami sampai di Split pada pukul 1.30 pagi dan mengambil bas menyeberang sempadan ke Bosnia pada pukul 6.00 pagi. Cerita detail boleh didapati di bosnianexperience.blogspot.com. Apakah yang akan berlaku kepada kami? Adakah kami akan bertumbuk dengan beruang di puncak gunung di Bosnia? Adakah kami akan berbalas tembakan dengan para-militari Serbia? Adakah kami akan bertetak parang dengan penduduk tempatan?

Tunggu dalam entry berikutnya………

Sebelum Balik
01:20 | Author: mesyuaratingkap
Alamak...

Dah 2-3 hari aku carik ilham nak tulis ape, tapi tak bole tulis jugak. haha, japgi dah nak g London, esok dah nak balik Mesia. So rasanya takkan update sampai lepas balik Belfast. Dayat, ko datang kenduri kakak aku tak? Pakdin?
Masih Mencari???
04:11 | Author: mesyuaratingkap
han-de-red terrrruurrrttt!~ LOL
16:59 | Author: mesyuaratingkap

CopYcaT2.. klo TidOQ x p OBg LerR aku... CuRik DarIK fb SaLikIN.. haha...

WHAT WAS YOUR:

1. Last beverage:ayaq mineral dalam  fridge!~ 
2. Last phone call:ayahanda *ayah tgh meeting .. sat g call balek*
3. Last text message:mereka!~ 
4. Last song you listened to:rolling stone - as tears go by
5. Last time you cried:mmmm... itu time la.. thx jeehan.. thx alooooooootttttt.. it will never happen again.. 1000 promises haha.!!~

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice:entah?
7. Been cheated on:maybe
8. Kissed someone & regretted it:nope
9. Lost someone special:yup
10. Been depressed:chelsea-barca!!~ fark reffffff!!!!!
11. Been drunk and threw up:nope&NEVER haha...

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12. BLUE
13. PURPLE
14. PEACH

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend:ye kot?? 
16. Fallen out of love:haha.. chenta?? haha..
17. Laughed until you cried:x kot....
18. Met someone who changed you:"people change..kekadang kene jd hipokrit gak"
19. Found out who your true friends were:yup
20. Found out someone was talking about you:hahaha... ntah.. tatau
21. Kissed anyone on your friend's list:haha.. bshow? pot dick? 
22. How many people on your friends list do you know in real life:mostly
23. How many kids do you want?:2 cukup.. nak kawen ke aku? haha
24. Do you have any pets:tinggal bobo jer skrg.. 
25. Do you want to change your name:nope... BOBO 16years old cat.. haha...
26. What did you do for your last birthday:opus nari2 sotong + harima makan2 jepooOon...
27. What time did you wake up today:10am.. commed x g.. hahaha... MALAS
28. What were you doing at midnight:semalam pharmac.. + prison break... haha
29. Name something you CANNOT wait for:BALEK RAYE .. xpon balek beng kawen..
30. Last time you saw your Mother:hmmmmm.... its oledi 9months!! ARGHHHH
31. What is one thing you wish you could change about your life: i should not SMOKE haihh...
32. What are you listening to right now :ELLA... wooot!~.
33. Have you ever talked to a person named Tom:TOMpok!~ haha.. 
34. What's getting on your nerves right now:sat g OBG.. macam mane nak bawak moto.. haihh x tidoq
35. Most visited webpage:facebook, malaysiakini, blog2 bla..bla..bla..
36. Whats your real name: afiq aizuddin hanafiah.. better afiq a jer.. sbb rmai kot afiq.. haihh
37. Nicknames:paden, topui
38. Relationship Status:singlet lalalalala~
39. Zodiac sign:pisces
40. Male or female?:male
41. Primary School?:2 --> sk bukit sekilau, kuantan... sk iskandar, aloq staq
42. Secondary School?:jenan terchenta
43. High school/college/university?:msu,ims
44. Hair colour:pure black
45. Long or short:pendek dan gugur.. demmm *kutuk bobo lagik*
46. Height:180cm
47. Do you have a crush on someone?:lalalalala~.. saya stalker haha..
48: What do you like about yourself?:saya malas.. haha
49. Piercings:telinga tarak cuping... haha.. tebuk mana?? 
51. Righty or lefty:right tp prefer buat keja pakai left!~ 

FIRSTS :
52. First surgery:adehh... lutut!~ saket wooooo!
53. First piercing:x
54. First best friend:mereka di kuantan!~ haha...
55. First sport you joined:bola lisut hahaha
56. First vacation:hmm... tatau la.. kecik2 dolu suka g port dickson
58. First pair of trainers:mahal!!~ AMPESSS

RIGHT NOW
59. Eating:cekodok!~
60. Drinking:nescafe
61. I'm about to:merempit p baptist hospital ler.. OBG haihh
62. Listening to:ella-nuri... 
63. Waiting on:friday nite fever haha...

YOUR FUTURE
64. What kids?:nak anak? meh tgk orang beranak dulu!~ haha
65. Get Married?: status : meragukan..
66. Career?:saya mau jd plastic surgeon + penjual cadaver

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes:harus la lipssss.. sexy bak angelina jolie haha.. lalalala~
68. Hugs or kisses:hugs teddy2 bear huggggg...
69. Shorter or taller:pendek pon kiut gak pe?? hahaha...
70. Older or Younger:MUDA la.. 2 thn ke 3 thn ke.. sebaya pon leh.. layan jer.. tua2 carik mak datin! 
71. Romantic or spontaneous:gosh! spontaneous la... 
72. Nice stomach or nice arms:tangan ler... saya muncit hahaha
73. Sensitive or loud:loud
74. Hook-up or relationship:hook up sudeyh!~ serabut... 
75. Trouble maker or hesitant:trouble maker

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger:salam cium tangan ler.. nenek cakap dier tuh sedare2 kite gak...
77. Drank hard liquor:hoho..hard water tiap2 hari ler.... *india bukan chlorine ya rakan* 
78. Lost glasses/contacts:selalu la kotttt!~ haha.. tp spec baru tidak mungkin.. mahaaalll woooo... 
79. Sex on first date:lalalala... mane leh!~ haha... 
80. Broken someone's heart:mmmmmm... KONFEM 50-50

82. Been arrested:traffic india.. mintak duwet minum haram jadah btol
83. Turned someone down:"sorry... x sehat la hari nh"
84. Cried when someone died:yerp2 
85. Fallen for a friend?:lalalalalala~ NO COMMENT

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself:doubtfull
87. Miracles:yes
88. Love at first sight:HAPPILY EVER  AFTER << -- sucks!~
89. Heaven:yes
90. Santa Claus:siap gantung stokin woo... kecik2 tadika dolu2
91. Kiss on the first date:salam cium tangan haha.. 
92. Angels:WAJIB

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time:gf  haram xda pon.. bf berlungguk2 haha..
95. Did you sing today?:lalalalal~ tipoo la klo x nyanyi
96. Ever cheated on somebody?:saya x buleh dipercayai
97. If you could go back in time, how far would you go?:4 years back! y? dun asked me..
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?:that time.. WONDERFULL 
99. Are you afraid of falling in love?:HAHA.. bodosssss... yer kot... lalalalalala~
100. Posting this as 100 truths?:hahaha.. maybe
jatuh CHENTA lagik??
14:18 | Author: mesyuaratingkap


It is the evening of the day,
I sit and watch the children play
.
Smiling faces I can see
But not for me,
I sit and watch
as tears go by.

My riches cant buy everything,
I want to hear the children sing.
All I hear is the sound
Of rain falling on the ground,
I sit and watch as tears go by.

It is the evening of the day,
I sit and watch the children play
.
Doing things I used to do
They think are new,
I sit and watch as tears go by

haha.. yerp.. jatuh CHENTA lagik.. ngan 2 lagu nh.. xkan ler ngan anak orang kot.. *satu lagik...nikon  d5000 manyak gempakk wooooooo!*

as tears go by by rolling stone *dgr time house s05 finale* ngan angle eyes kott *ghost s02e05 time ali jumpe mak dier kat hospital bhgia.. lagu tuh sape ade.. tlg2 la kasik link kat aku!!!* bak kate aril af7.. "terbaek wooookkkk!" haha...

tak lupe gak.... HAPPY 23rd BIRTHDAY !!!! (21may2009) kpd 2 rakan baek saye.. HIDAYAT AMIN dan S.FATIMAH !! wooottttt... korang 2 dah tuaaaa!! hahaa..*aku tetap x lupe bday ko ek dayat! tp dah besar panjang nh.. x yah hadiah ler! *

ALL the best for both of U.. although dayat balek msia mcm balek pulang bermalam kat kmB jer.. aku tetap jeles... demmyt...dkt setahun kot dah x balek..!~ *balek slalu x calling"

quotes of the day
12:08 | Author: mesyuaratingkap



"It never hurts to ask. Unless you ask for hurt "

Takayuki Ikkaku, Arisa Hosaka and Toshihiro Kawabata, Animal Crossing: Wild World, 2005

::perak again??::
13:18 | Author: mesyuaratingkap

tgk user nh nye video... paling panjang stakat nh aku jumpe!~

haihh... terserah korang la.. nak kate ape2...

kite tunggu keputusan court sok ek?? haha...

http://www.youtube.com/user/krenck99

Buat COAS-coas Sekalian@Clinical Student
08:52 | Author: mesyuaratingkap
Bosnia 2
08:46 | Author: mesyuaratingkap
Bersama Prof Izat di Universiti Zenica
Penulis tekun membaca sejarah bosnia ketika penerbangan Ryanair dari London ke Zadar




Di airport Zadar



Jambatan Mostar, bukti penentangan rakyat Bosnia ke atas penindasan




Penulis di atas Jambatan Mostar yang bersejarah


Air paip di tepi jalan menjadi sumber minuman rakyat Bosnia. Penulis minum sambil menyuruh Safwan ambil gambar

Setelah pancit berjalan, duduk sebentar di tebing sungai Naratva


Jambatan Mostar dan Sungai Naratva


Sungai Naratva yang bermaksud sungai hijau dari atas Jambatan Mostar




Salah sebuah masjid yang kelihatan dari Jambatan Mostar.




Darul Quran, tempat pengajian al-quran di Mostar. Nuruddin yang membawa kami bersiar-siar adalah pengarah tempat ini.

Sungai Naratva lagi.



Pusara Alija Izetbegovic, bekas presiden Bosnia, disemadikan bersama para shuhada yang gugur syahid (insyaallah) dalam perjuangan. Bila berada di sini baru teringat kita semua akan mati. Mereka telah mati dengan cara yang mulia. Macam mana kita? Kita tak ingat ke kita kan mati juga?


Patung Tito di Universiti Sarajevo

Jambatan Malaysia dan bangunan Bosmal (Bosnia-Malaysia) di belakangnya.


Depan penulis: Adnan. Kanan penulis: Geraldine. Kami lepak2 di kedai kopi. Di depan saya Kopi Bosnia. Sedap juga, walau bagaimanapun saya bukan penggemar kopi. Tiada dalam gambar: Ali, warga Amerika yang memeluk Islam.


Madrasah Osjek, tempat kami menumpang tidur.
Bosnia
10:09 | Author: mesyuaratingkap
Rasa malas nak tulis entry penuh di Bosnia. Hanta gamba je lah dulu. Ini baru sebahagian. Nanti Insyaalllah ada lagi


Hutan pine di Bosnia

Masjid Istiklal @ Masjid Indonesia


Kami berhenti makan di tepi jalan dalam perjalanan ke Srebrenica



Kereta kami rosak dalam perjalanan ke Srebrenica




Kereta kami ditarik ke bengkel terdekat





Kami menunggu di restoran ini selama 5 jam sementara menunggu kereta dibaiki



Kereta dibaiki di bengkel




Selepas kereta siap dibaiki kami berpatah balik ke Sarajevo, kemudian terus ke Zenica. Di tengah perjalan kami berhenti sembahyang sebab merbahaya untuk sembahyang di kampung serbia tempat kereta kami rosak








Madrasah di Osjek, Sarajevo, tempat kami menumpang tidur

Perbincangan hangat bersama dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Zenica


Perpustakaan Universiti Zenica



Bersama Pakcik Muneeb dan anaknya Ammar



Bukit ini dipercayai piramid, di Visoko



Laut Adriatik di pesisir pantai Croatia















03:25 | Author: mesyuaratingkap


Ni la aktiviti2 kami lakukan diwaktu2 nk dkt ngn xm,org kate lepas kn stress kot..haha xpe2,janji ktorg xkaco org laen blaja sudah la kn...lgpn kjap je aktiviti ni,5min je kot..lalalala njoy d show...
Info Sket:
Tajuk lagu: Kasihnya Laila
Artis: Jimbara
Nyanyian Semula oleh: Buden, Moke, GG (sume bkn name sebena yg bapak dorg kasi...huhu ;p)
Gitaris: dayat ;)
Venue rakaman video: Bilik aku..A ape ntah...aku dh lupe..ape ei paden.. A123 ei?ke 321?aku dh lupe...argggh!!!


Salam Dari Balkan
00:35 | Author: mesyuaratingkap
Assalamualaikum

Saya dan Safwan sekarang berada di Split, Croatia selepas menghabiskan kira-kira 5 hari di Bosnia Herzegovina. Kami akan bertolak ke Zadar tengahari nanti untuk penerbangan pulang ke London. Insyaallah akan menyusul dengan pengalaman di Bosnia bersama gambar. Tunggu......

Nubli
Split
Croatia
Dulu Lain,Sekarang dah Lain......Renungkan
07:04 | Author: mesyuaratingkap
geng2 halfinch ketike selesai buat yearbook batch,aku letak je kt sni sbb buden konon2nye penasihat la kn...so xde la korg ingt pic ni psal aku sorg je..hahaha
Masa tengah IRP week,blaja pg ptg siang malam..tp yg pelek nye,seseko makaen sehat badan..hahaha stress blaja kot..

Geng2 yg pegi English Camp..otw g bus stand,menapak jauh gile semate2 nk g lepak kt alamanda..