Evolusi Bahasa
04:20 | Author: mesyuaratingkap
Evolusi bahasa: “Kot”
Semasa menyertai Pehimpunan Musim Sejuk anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) Disember lepas saya telah menemukan satu lagi evolusi bahasa Melayu. Secara asalnya perkataan “kot” bukanlah satu perkataan formal yang saya rasa tidak akan ditemui dalam Kamus Dewan. Perkataan “kot” dalam pertuturan seharian adalah tambahan kepada hujung ayat yang memberitahu bahawa penutur tidak pasti tentang kesahihan fakta yang diberitakan.

Contoh:


Teknik lama penggunaan “kot”:
“ Ntah, dieorang tak datang kot”
“Tak pasti aaa, aku sampai pukul 3 kot”
“ Dia tak bagitau pun. Dia nak kawin dengan sepupu dia kot”

Teknik baru:
“ Dia tu nombor satu masa kat sekolah kot. Nombor 1 dia, nombor 2 Sazali, nombor 3 Lili” (Pada hal penutur sedang memberitahu fakta)

“Teruk sangat kot. Aku tengak bahagian depan kereta tu remuk habis”

Seperti dikatakan, penggunaan “kot” pada asalnya adalah untuk menunjukkan satu ketidakpastian oleh penutur. Manakala penggunaan baru lebih kepada penyeri ayat, atau penutup ayat, seperti penggunaan “bah” oleh orang Sabah atau “maa” oleh oleh orang Cina.

Evolusi, Bukan Penggunaan Salah Tatabahasa

Saya lebih suka meletakkan perkembangan ini sebagai evolusi bahasa dan bukan penggunaan tatabahasa yang salah. Kerana bagi saya penutur sesuatu bahasa yang akan mengharmonikan atau mengkayakan bahasa itu dan bukannya penutur yang kena mengikut undang-undang bahasa bulat-bulat dan tidak menokok tambah. Ini penting kerana dalam zaman perkembangan ilmu dan memperkasakan bahasa, transformasi dan evolusi bahasa itu penting untuk memastikan kebolehidupan (survival) bahasa akan terus terjamin.

Lihatlah semasa Malaysia mula menganjurkan perlumbaan Formula 1. Tiba-tiba sahaja wartawan menggunakan istilah “hentian pit” untuk “pit stop”. Padahal tiadalah jua perkataan ini dalam kamus dewan mahupun telah disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka timbul persoalan, siapakah yang memacu evolusi bahasa, atau siapakah yang layak untuk menambah perbendaharaan Bahasa Melayu. Bagi saya jawapannya adalah penutur Bahasa Melayu secara kolektif, yang bermula dengan menuturkannya di satu peringkat awal, kemudian merebak ke peringkat nasional, sehinggalah diterima oleh panel Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evolusi vs Salah Tatabahasa

Bagi generasi saya, hukum tatabahasa diajar dengan begitu mendalam di peringkat PMR. Tetapi agak malang kerana saya merasakan berita-berita di televisyen menyajikan penonton atau pendengar dengan penggunaan tatabahasa yang bagi saya kurang tepat. Maka apalah guna kita menggariskan dalam tatabahasa Bahasa Melayu KBSR dan KBSM itu dan ini, tetapi di dunia realiti hukum tatabahasa tidak begitu dipatuhi. Evolusi bahasa yang saya sentuh sebentar tadi haruslah diperhati agar kita bukan sahaja mengkayakan perbendaharaan Bahasa Melayu, tetapi juga mengelakkan pertembungan keterlaluan antara evolusi bahasa dengan hokum tatabahasa yang sedia ada. Proses pemindahan penggunaan bahasa evolusi dari hukum asal tatabahasa perlu dipraktikkan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kekeliruan dalam komunikasi harian yang mungkin boleh mencetuskan sekecil-kecil salah faham kepada sebesar-besar pergaduhan.
|
This entry was posted on 04:20 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On 4 January 2009 at 08:35 , Mohafiz MH, M.D. said...

member aku kata,cikgu dia kata,"bahasa melayu bahasa yang hidup,sebab tu selalu berubah".

aku lak kata,"bahasa melayu tak 'well-established' lagi".

haha

 
On 4 January 2009 at 13:56 , mesyuaratingkap said...

3belas: betul dow ape cikgu ko ckp, bahase melayu 2 hidup sbb 2 maseh survive sampai skrg, cube ko tye paden, die blaja anatomy pkai bahse ape..confirm paden jwb,bahse latin..haha bahasa latin die xhidup, static, xikut mase, so last2, die mati la...xde org pkai dh skrg hahaha

ps: kalo paden jwb bkn latin, ko jgn caye sgt, sb paden tdo je dlm cls anat die dulu2..haha al maklum la dh postin skrg..huhuu ;p

::dayat::