Crime Stopper
15:45 | Author: mesyuaratingkap

Satu benda yang dikagumi dekat Northern Ireland adalah balai polis dan kereta perisai polis. Gambar di atas adalah kenderaan perisai yang biasa meronda di belfast terutamanya pada hari-hari tegang seperti pertunjukan perasaan dan perlawanan bola sepak. Tingkap kenderaan ini kalis peluru siap dilengkapi jaringan logam untuk cermin depan, bawah nombor plat, lampu depan, lampu atas dan lampu siren.


Jika di Malaysia mungkin kenderaan ini setaraf FRU. Hari ini Crine Stopper beraksi lagi pada perlawanan bola sepak Northern Ireland- Poland. Perlawanan yang dimenangi Northern Ireland 3- 2 ini seperti biasa dicemari insiden pukul memukul antara penyokong. Kenderaan yang membawa penyokong Poland akan di boo dan dicerca oleh penyokong Northern Ireland. Penyokong lawan yang cuba tunjuk belang tentulah akan diberi buah tangan berupa penumbuk. Pada masa inilah ahli Crime Stopper akan masuk campur (gambar di bawah).






Armoured vehicles ini amat diperlukan pada masa lalu berikutan pergolakan Katholic-Proteston yang berlarutan semenjak lama di Northern Ireland. Walau bagaimanapun keadaan tenang semenjak 8 tahun lepas. Walaupun ada kejadian kurang enak 2-3 minggu lepas, saya yakin kedamaian di Northern Ireland akan terus berkekalan.


Malah ketika zaman kegelapan dahulu, tentera-tentera terpaksa berkawal di jalanan untuk memastikan kemamkmuran belfast. Peristiwa bom dan sniping adalah perkara biasa dahulu. malah kenderaan super berat seperti gambar di atas adalah pemandangan biasa.
Balai polis di Northern Ireland tidak seindah balai polis malaysia. Di sini balai polis ibarat kubu peperangan.

Gambar di atas adalah contoh biasa balai polis northern ireland. Dindingnya diperkukuh dan terdapat pagar besi untuk menara peninjau bagi menghadapi kemungkinan serangan mortar.



Ini pula balai polis di Grosvenor Road berdekatan Belfast city centre.



Ini pula rupa pintu masuk balai polis randalstown station.
Kesimpulan: Walaupun gambar-gambar diatas, saya yakin Belfast adalah lebih selamat dari KL. KL anda berisiko di pow, disini tidak pernah dengar orang di pow. Junior, jika anda telah memilih Belfast, saya boleh mengatakan ia pilihan yang tidak salah.




































|
This entry was posted on 15:45 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: